Seorang bekas setiausaha pejabat kepada Timbalan Ketua Setiausaha di Kementerian Kewangan mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan rasuah dan dua pertuduhan pilihan menipu berhubung tender penjualan hartanah di Hong Kong tahun lalu.
Tertuduh Rohaya Sabot, membuat pengakuan itu selepas kelima-kelima pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Azman Ahmad.