Individu yang tidak menghormati dan enggan berdiri tegak ketika nyanyian lagu Negaraku berkumandang, boleh dikenakan hukuman penjara serta denda jika sabit kesalahan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang D5, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid berkata, mereka yang tidak berdiri bagi menghormati lagu Negaraku itu boleh ditahan mengikut Akta Lagu Kebangsaan 1968.