Presiden Indonesia, Joko Widodo tiba di wilayah Riau pada Selasa bagi melawat kawasan terjejas akibat kebakaran hutan di negara itu. Ia berikutan negara-negara Asia Tenggara menggesa kerajaan Indonesia bertindak bagi menangani masalah jerebu teruk yang melanda ketika ini.