Situasi jerebu di seluruh negara masih kurang memuaskan dengan bilangan kawasan yang mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat terus meningkat.
Setakat jam 11 pagi ini, lapan kawasan merekodkan bacaan IPU sangat tidak sihat dengan empat daripadanya berada di Lembah Klang iaitu Johan Setia (257) Shah Alam (219), Petaling Jaya (206), dan Batu Muda (203).