Kegagalan sistem brek berfungsi dengan baik adalah punca insiden lif jatuh di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi, Pantai Dalam di sini pada 2 Ogos lepas.
Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad salah satu komponen dalam sistem tersebut mengalami kerosakan dan menyebabkan ia tidak dapat mencengkam lif dengan baik.