Mahkamah Tinggi Melaka pada Jumaat menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penganggur atas pertuduhan membunuh tiga ahli keluarga angkatnya tiga tahun lalu.
Keputusan itu dibuat Hakim, Datuk Ahmad Nasfy Yasin terhadap Luqman Hadi Mustapa, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.