Seorang jurujual kereta didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh pada Rabu atas tuduhan memperdaya seorang lelaki bergelar “Datuk” berhubung pembelian sebuah kereta mewah, melibatkan kerugian RM440,000 tahun lalu.
Chong U Gene, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nabihah Mohd Noor.