Seorang pemandu lori maut manakala pembantunya cedera parah selepas terlibat dengan kemalangan di kilometer 11.2 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE), Shah Alam awal pagi tadi.
Menurut Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Bomba Dan Penyelamat Selangor Hafisham Mohd Noor pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.38 pagi dan seramai tujuh pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi.