Dua lelaki maut apabila kenderaan pacuan empat roda yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas ke dalam parit di Kilometer 346 Lebuhraya Pantai Timur 2, selepas susur keluar Plaza Tol Kuala Dungun, Terengganu. Kejadian berlaku kira-kira jam 2 petang Khamis.