Prihatin dengan peningkatan masalah kesihatan khususnya yang membabitkan obesiti di negara ini, Fonterra Brands Malaysia mengambil inisiatif menjalinkan kerjasama dengan rangkaian pasaraya besar terkemuka, Giant untuk menjayakan kempen kurangkan gula, hidup sihat.
Kempen yang dilancarkan pada khamis itu disasarkan untuk mendidik masyarakat tentang kesan negatif pengambilan gula tambahan dalam makanan selain memberi kesedaran berhubung pemilihan makanan lebih berkhasiat.