Presiden PAS Abdul Hadi Awang hari ini menyelar tindakan Umno, khususnya 'kluster mahkamah' yang menurutnya merencanakan pilihan raya di negeri-negeri untuk kembali berkuasa.
Dalam pada itu katanya, PAS juga tidak dapat menerima tawaran empat kerusi daripada BN untuk mereka bertanding dalam pilihan raya negeri Johor.
“Takkan kita minta sedekah kerusi-kerusi ini? PAS bukan minta sedekah", kata Abdul Hadi ketika menjawab soalan pemberita di Marang hari ini.
Video source: https://www.facebook.com/abdulhadiawang/videos/1027391624478108