'Sekat kebebasan OKU berbelanja' - Kumpulan OKU gesa JKMPay dimansuhkan

KiniTV 2022-01-25

Views 254

Sekumpulan wakil Gabungan Persatuan OKU seluruh negara hari ini menyerahkan memorandum kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bagi menggesa pemansuhan Pembayaran Bantuan Bulanan JKM Secara Tanpa Tunai atau JKMPay.

Menerusi JKMPay, penerima bantuan akan menerima 50 peratus daripada jumlah kadar bantuan di dalam akaun bank penerima manakala separuh lagi dimasukkan ke dalam kad JKMPay.

Sementara itu Timbalan Menteri Zailah Mohd Yusoff yang menerima memorandum itu berkata program itu sebenarnya bersifat pilihan dan tidak membabitkan semua penerima bantuan JKM.

Share This Video


Download

  
Report form