Penganjur protes dan aktivis, Adam Adli berkata skandal pemilikan saham Ketua Pesuruhjaya SPRM Azam Baki turut melibatkan institusi-institusi negara kerana melindungi tindakan salah laku seorang penjawat awam.
Adam juga menyifatkan tindakan pihak berkuasa menutup jalan-jalan utama bagi menghalang demonstrasi hari ini sebagai 'berlebihan' berbanding kumpulan peserta perhimpunan yang lebih kecil.