Shahidan Kassim menyindir beberapa pemimpin termasuk dari Umno yang memperjuangkan pengeluaran tunai RM10,000 dari KWSP bagi membantu mangsa banjir.
Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, ada pemimpin yang tidak memerlukan bantuan namun mengeluarkan pelbagai komen sedangkan langsung tidak pernah turun padang membantu mangsa banjir.