Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) hari ini menang dalam kes mahkamah bagi mencabar keputusan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.
Parti itu mengumumkan bahawa Mahkamah Tinggi telah mengarahkan Kementerian Dalam Negeri mendaftarkan Muda sebagai parti politik dalam tempoh 14 hari, dan membayar kos guaman RM10,000.