Pilihan raya negeri Sarawak akan berlangsung pada 18 Disember, dengan pengundian awal ditetapkan pada 14 Disember, kata pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Abdul Ghani Salleh.
Hari penamaan calon pula ditetapkan pada 6 Disember, katanya pada sidang media di Kuching hari ini.