Hampir 2 juta banduan dibebaskan dalam tempoh 10 tahun

KiniTV 2021-11-23

Views 1

Seramai 1,940,579 banduan sudah dibebaskan dari 2011 hingga 1 Oktober lalu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, semua banduan itu diberikan latihan kemahiran dan pemulihan supaya apabila keluar penjara mereka mempunyai keupayaan untuk menyara hidup tanpa diskriminasi.

Bagi tujuan itu, katanya, tiga program diperkenalkan Jabatan Penjara Malaysia iaitu Program Jalinan Kasih; Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) dan Banduan Kemahiran Luar Penjara (BKLP).

Share This Video


Download

  
Report form