Perpaduan tak wujud kerana sekolah pelbagai aliran - Bung

KiniTV 2021-11-23

Views 1

Seorang Ahli Parlimen hari ini mencadangkan agar sebuah sekolah perpaduan yang mempunyai pelbagai aliran diwujudkan bagi meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum dan agama.

Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata walaupun sekolah perpaduan mempunyai aliran kebangsaan, Cina, Tamil dan lain-lain, sekurang-kurangnya pelajar berada di dalam satu kawasan sekali gus berkongsi hidup dengan aman damai tanpa lupa asal usul.

Share This Video


Download

  
Report form