Calon ketua menteri BN, Sulaiman Md Ali hari ini membuang undi di sekolah rendahnya sendiri dan berpuas hati kerana proses pengundian berjalan lancar.
Beliau turut menggesa orang ramai yang belum mengundi untuk keluar mengundi kerana PRN Melaka ini adalah untuk penggal lima tahun, dan tidak akan ada lagi pilihan raya negeri tahun depan.