Meskipun Najib Razak telah disabitkan kesalahan di mahkamah, khidmat pengiring polis bagi bekas perdana menteri itu akan dikekalkan sehingga proses rayuan tamat.
Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Negara, Acryl Sani Abdullah Sani, dalam satu kenyataan media hari ini.