Polis Kajang sedang mengesan seorang pemandu samseng yang bertindak kasar terhadap seorang penunggang motosikal di jalan raya di Bandar Teknologi Kajang semalam.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, setakat ini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan yang dibuat berhubung tindakan kejadian itu.