Kementerian Kesihatan (KKM) kini dalam proses menyediakan unjuran berkenaan jumlah pegawai perubatan yang perlu dilantik secara tetap.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata unjuran itu akan dikemukakan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan untuk meneliti pelantikan jawatan tersebut mengikut keperluan pada masa depan.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Azizah Mohd Dun (Bersatu-Beaufort) yang ingin tahu implikasi kewangan sekiranya kerajaan melantik kesemua doktor kontrak ketika ini secara tetap, pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.