Jeffrey Kitingan (STAR - Keningau) hari kesal dengan Belanjawan 2022 yang mengenepikan Sabah dan Sarawak, walaupun kedua-dua negeri itu berdepan masalah 'sebesar gunung'.
Ketika sesi perbahasan Belanjawan 2022 di Parlimen hari ini, Kitingan menggesa kerajaan persekutuan membuang mentaliti lama dan mengamalkan formula pembangunan yang lebih saksama.