Liew Chin Tong mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya agar semua calon ketua menteri dan calon kerusi-kerusi utama setiap parti di PRN Melaka diberi ruang untuk berdebat di televisyen dan secara maya.
Pengarah Pendidikan Politik DAP itu berkata, ini memandangkan setiap parti kini berdepan masalah untuk mendekati pengundi ketika pandemik susulan larangan kempen fizikal yang dikeluarkan oleh KKM.