Najib Razak membidas dakwaan layanan berbeza yang dibangkitkan Dr Mahathir Mohamad ke atasnya, berhubung keputusan mahkamah yang membenarkannya mendapatkan pasport buat sementara.
Bekas perdana menteri itu menjawab kenyataan Mahathir semalam, yang menyifatkan Najib sebagai 'penjenayah VIP pertama di Malaysia' kerana menerima layanan berbeza, dan pemulangan pasport itu sebagai satu 'kes luar biasa'.