'Tak layak jadi Menteri' - Gobind bidas Peja isu Pandelela

KiniTV 2021-10-26

Views 2

Ahli parlimen pembangkang membidas Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu kerana mempersoalkan mengapa atlet terjun negara, Pandelela Rinong membangkitkan isu salah laku seksual oleh bekas jurulatihnya yang telah lama berlaku.

Gobind Deo Singh (PH - Puchong) berkata, berdasarkan undang-undang jenayah tidak ada had masa untuk mana-mana mangsa membuat aduan dan Ahmad Faizal sepatutnya memberi sokongan kepada atlet itu.

Khamis lalu, Pandelela mendedahkan seorang jurulatihnya sebelum ini yang suka membuat lawak lucah, namun tidak dapat berbuat apa-apa mengenainya kerana jurulatih itu mendapat sokongan ketua jurulatih.

Share This Video


Download

  
Report form