Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul pelantikan Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilih untuk tempoh Parlimen Ke-14.
Usul yang dibacakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengikut Peraturan Mesyuarat 76 itu diluluskan dengan suara majoriti ahli Dewan Rakyat.
Usul itu bagi menggantikan Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainudin.