Belum ada rancangan kaji tambah kawasan pilihan raya - Wan Junaidi

KiniTV 2021-10-12

Views 120

Kerajaan belum membuat ketetapan bagi melaksanakan kajian untuk menambah kawasan pilihan raya atau persempadanan semula susulan pertambahan pemilih pada suku ketiga 2021.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata ini kerana kuasa untuk berbuat demikian tertakluk kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan tidak berhak menganggu tanggungjawab SPR kerana suruhanjaya itu bebas untuk membuat saranan.

Share This Video


Download

  
Report form