Dua bekas Adun Melaka petang semalam menghantar surat ke Istana Negara bagi memohon penarikan semula pembubaran Dewan Undangan Negeri yang membuka laluan bagi pilihan raya di negeri itu.
Menurut Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin, surat itu memohon Pemangku Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Shah Sultan Azlan Shah untuk menasihati Yang di-Pertua Negeri Melaka, Mohd Ali Rustam untuk menarik balik keputusan membubarkan DUN.