Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia akan mendapatkan maklumat lanjut daripada Adun Sungai Udang, Idris Haron berhubung dakwaan berlaku penyelewengan projek di negeri itu.
SPRM berkata pihaknya memandang serius dakwaan bekas ketua menteri itu mengenai pembolotan projek ekonomi dan penipuan terhadap kerajaan persekutuan berhubung royalti pasir di Melaka.