Pakatan Harapan belum berpuas hati dengan perkembangan pembaharuan yang dijanjikan kerajaan selepas mereka menandatangani perjanjian persefahaman (MOU) baru-baru ini.
Pengerusi PH Anwar Ibrahim berkata, sudah sebulan waktu berlalu sejak MOU berkenaan ditandatangani namun belum ada satu pun komitmen ditunjukkan Putrajaya untuk melaksanakan janji yang dibuat.
Terdahulu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mustapa Mohamed membangkitkan isu perlunya kestabilan politik di negara ini bagi memulihkan semula ekonomi, selain menarik pelabur asing.