Kerajaan teruskan rayuan kes kerakyatan anak, elak hina mahkamah

KiniTV 2021-09-24

Views 218

Kabinet akan meneruskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung isu kerakyatan anak kepada ibu warga Malaysia dan bapa warga asing.

Menteri Dalam Negeri Hamzah Zainuddin berkata, ia bertujuan untuk mengelakkan tindakan menghina mahkamah serta mematuhi Perlembagaan Persekutuan.

Hamzah sebelum ini menyatakan, kerajaan sedang mengkaji kemungkinan meminda perlembagaan untuk memudahkan ibu-ibu Malaysia yang berkahwin dengan warga asing untuk melahirkan di luar negara namun perlu mendapat persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.

Sumber video: https://www.facebook.com/kementeriandalamnegeri/videos/187236606753391

Share This Video


Download

  
Report form