Roslan Shah siap terjaga nak ke toilet selepas mimpi kahwin Vida, terkejut sangat katanya...

mStar Malaysia 2021-09-23

Views 22

BERANG dengan kecaman netizen, penghibur kelahiran Singapura iaitu Roslan Shah tampil memberi penjelasan tentang pandangan skeptikal orang ramai tentang kemampuannya untuk berkahwin.

Ujar Roslan, 51, walaupun berpewatakan lembut dia tetap memiliki naluri sebagai seorang lelaki selain bernafsu terhadap perempuan.

“Saya bukan pondan atau bapuk! Walaupun nampak lembut tetapi naluri kelelakian tu ada.

“Walaupun ada orang mempertikaikan tentang kemampuan nafsu saya sebab luar nampak lembut tapi sebenarnya saya pun ada nafsu,” ujarnya kepada mStar.

Dalam pada itu, Roslan mengakui tidak pernah jatuh hati kepada Datuk Seri Vida sepanjang perkenalan mereka.

“Saya banyak bekerjasama dengan orang-orang kaya Malaysia, jadi hati dan niat untuk bercinta suka dengan Datuk Seri Vida pun tidak.

“Memang saya selalu datang Ipoh untuk meeting, Vida pun pernah offer untuk tidur di rumahnya tapi saya tolak dan tidur di hotel,” katanya.

Share This Video


Download

  
Report form