Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob menjelaskan dia melantik pendahulunya Muhyiddin Yassin (Bersatu - Pagoh) sebagai pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) kerana telah mempengerusikan majlis itu sejak awal.
Dia berkata demikian ketika menjawab soalan Saifuddin Nasution (PH-Kulim-Bandar Baharu) yang mempersoalkan rasional membuka semula 11 sektor ekonomi di negeri-negeri yang masih berada di bawah Fasa 1 Rancangan Pemulihan Nasional (PPN).