PAS menyifatkan pertemuan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dengan pemimpin Pakatan Harapan semalam sebagai satu dimensi baru politik negara.
Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia seiring dengan titah Agong agar ahli-ahli Dewan Rakyat mengenepikan agenda politik bagi menangani pandemik Covid-19.