Hanya Ezza Yusof yang kenal siapa Remy Ishak.
Itulah hakikat yang diakui pelakon berkenaan apabila memilih bekas tunangnya sendiri iaitu Ezza atau Roszaliza Yusof untuk dijadikan teman hidup.
Menurut Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 39, tempoh mengenal hati budi selama lapan tahun dianggap sudah cukup untuk wanita berkenaan mengenalinya tidak hanya sebagai seorang selebriti.