'Kelonggaran sekatan buatkan kes Covid-19 meningkat di Lembah Klang' - KKM

KiniTV 2021-08-06

Views 221

Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (kesihatan awam) Dr Chong Chee Kheong berkata peningkatan kes Covid-19 di Lembah Klang berpunca daripada pelonggaran sekatan.

Kenyataan itu selepas jangkitan baru semalam sekali lagi mencatat angka tertinggi iaitu 20,596 kes, dengan lebih separuh (10,712) dikesan di Lembah Klang.

Bercakap dalam sidang media hari ini, Chong menyenaraikan tiga faktor yang memburukkan lagi krisis.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/586138
Sumber video::
https://www.facebook.com/BeritaRTM/videos/336335438169174

Share This Video


Download

  
Report form