Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Wong Kan Woh akhirnya dibenarkan masuk ke Parlimen untuk menghadiri satu sesi prosiding walaupun sebelum itu dihalang oleh pihak polis.
Sesi prosiding mengenai pembelian vaksin yang dijadualkan pada jam 10.30am itu turut dihadiri Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.
Wong yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur menyatakan, tindakan menghalang mana-mana ahli Parlimen untuk masuk ke Dewan Rakyat merupakan satu jenayah di bawah Kanun Keseksaan.
Sumber video: https://www.facebook.com/suarakeadilanofficial/videos/161595699377838