Beberapa ahli Parlimen mengkritik jadual perjalanan sidang Dewan Rakyat yang bermula 26 Julai ini, setelah mendapati sidang lima hari itu hanya untuk sesi "penerangan daripada menteri-menteri".
Antara ahli Parlimen yang menyuarakan kritikan adalah Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang menyifatkannya sebagai "memalukan".