Kumpulan aktivis melancarkan petisyen dalam talian untuk mengumpul sokongan orang awam bagi membantah rancangan untuk melombong nadir bumi di Kuala Lipis, Pahang.
Dalam sidang media hari ini, wakil Parti Sosialis Malaysia (PSM), NGO Misi Solidariti dan Jawatankuasa Bertindak Orang Asli Pos Lanai menggesa orang ramai menandatangani petisyen tersebut, yang akan dikemukakan kepada kerajaan Pahang nanti.
Menurut Setiausaha Agung PSM A Sivarajan, rancangan untuk melombong lantanida akan meliputi kawasan seluas 660 hektar yang pada masa ini masih dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Jelai dan akan menjejaskan ekosistem hutan di sana.
Sumber video: https://www.facebook.com/partisosialis/videos/515992166311935