Kehebatan ekonomi Malaysia yang digembar-gemburkan oleh kerajaan PN, termasuk pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dijangka akan melonjak tinggi pada tahun ini dinafikan oleh Bank Dunia.
Menurut Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim, Bank Dunia dalam laporan yang diterbitkan semalam telah menurunkan 25% unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Ia adalah kerana kurangnya reformasi struktural dan strategi menangani Covid-19 yang tidak berkesan bagi membuka semula ekonomi.
Sumber video: https://www.facebook.com/anwaribrahim.keadilan/videos/1518248805188020