Sektor pengangkutan termasuk pemandu kurier dan e-hailing akan menerima suntikan vaksin mulai Julai, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.
Menurutnya program pemberian vaksin kepada pekerja sektor pengangkutan akan dilancarkan esok di Pelabuhan Klang, bermula dengan pemberian vaksin kepada operator kargo dan pelabuhan.