Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menempelak rancangan kerajaan bahawa parlimen hanya boleh dibuka selepas negara memasuki Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara.
Dalam satu hantarannya di Facebook, beliau berkata lebih mengelirukan, apabila dimaklumkan pada Fasa 3 semua sektor ekonomi akan dibenarkan beroperasi kecuali bagi aktiviti yang tersenarai dalam senarai negatif.