Tak pakai pelitup muka semasa kompaun penjaja, penguat kuasa PBT disiasat

KiniTV 2021-06-14

Views 1.5K

Polis memulakan siasatan ke atas seorang penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) kerana disyaki melanggar prosedur operasi standard ketika bertugas.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, ACP Nasaruddin M Nasir, berkata pihaknya menerima laporan mengenai perkara itu selepas ada gambar tular di media sosial.

Melalui gambar itu katanya penguat kuasa terbabit kelihatan tidak memakai pelitup muka semasa mengeluarkan kompaun di tempat awam.

Share This Video


Download

  
Report form