446,000 nama OKU diserahkan untuk percepat vaksinasi - Rina

KiniTV 2021-06-04

Views 109

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah menyerahkan sebanyak 446,000 nama orang kurang upaya (OKU) di bawah Jabatan Kebajikan Malaysia untuk didaftarkan bagi tujuan vaksinasi Covid-19.

Menterinya Rina Harun berkata, langkah itu bagi meningkatkan jumlah pendaftaran OKU, yang ketika ini hanya 195, 395 daripada keseluruhan 557,352 orang telah mendaftar melalui MySejahtera hingga kini.

Terdahulu, beliau melakukan tinjauan perlaksanaan vaksinasi OKU di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB) di Kuala Lumpur.

Share This Video


Download

  
Report form