Keluarga mangsa cedera parah tuntut RM1.8 juta dari Prasarana

KiniTV 2021-05-31

Views 6

Keluarga kepada salah seorang mangsa yang cedera parah dalam kemalangan LRT minggu lalu menuntut pampasan dan ganti rugi kecuaian berjumlah RM1.8 juta daripada pengendali LRT Prasarana Malaysia Bhd.

Peguam keluarga, Jazzmin Khoo berkata tuntutan itu merangkumi antaranya perbelanjaan perubatan, kerosakan fizikal, tekanan mental dan emosi, trauma dan kehilangan pendapatan yang disebabkan oleh kemalangan itu.

Menurut Jazzmin, anak guamnya memberi Prasarana tujuh hari sehingga Isnin depan untuk membalas notis tuntutan undang-undang yang dihantar kepada kepada pengendali LRT pagi ini.

Laporan lanjut: https://www.malaysiakini.com/news/576924

Share This Video


Download

  
Report form