'RM70 juta bukan hanya bangunkan laman web saja' - Khairy

KiniTV 2021-05-27

Views 479

Peruntukan siling Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bernilai RM70 juta bukanlah hanya bertujuan membangunkan laman web permohonan pusingan kedua janji temu vaksin AstraZeneca.

Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin, berkata ia sebaliknya meliputi keseluruhan aspek pelaksanaan program pelalian COVID-19 berskala besar di negara ini.

Bercakap pada sidang media hari ini, beliau berkata, peruntukan siling itu juga tidak semestinya dibelanjakan sepenuhnya oleh kerajaan bagi tujuan pelaksanaan program berkenaan.

Share This Video


Download

  
Report form