Menteri Besar Selangor Amirudin Shari berkata troll atau kritikan oleh rakyat Malaysia di media sosial sahaja tidak memadai berkenaan isu Israel-Palestin.
Katanya, memandangkan Malaysia mempunyai Duta Timur Tengah, maka sumbangan yang lebih signifikan diharapkan kepada Gaza.
Beliau berkata demikian dalam forum Peduli Palestin Negeri Selangor secara langsung di media sosial, semalam.
Untuk record, Perdana Menteri Muhyiddin Yassin melantik Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebagai Duta Timur Tengah.
Sumber video: https://www.facebook.com/KeadilanRakyat/videos/2776720299304647