Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) akan memberi janji temu kepada lebih 5,000 petugas media daripada 144 agensi media yang berdaftar di negara ini untuk mendapatkan pelalian wabak dalam masa terdekat.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, berkata setakat ini pihaknya menerima sejumlah 5,867 nama petugas media.
Sebelum ini kerajaan bersetuju meletakkan pengamal media dalam senarai keutamaan menerima vaksin Covid-19, tertakluk kepada bekalan vaksin.