PASANGAN selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya Muhammad Haris Mohd Ismail mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Pertuduhan ke atas kedua-dua mereka dibuat di Mahkamah Majistret Seremban, Negeri Sembilan pada pagi Khamis.
Neelofa dikenakan jaminan sebanyak RM5,000 atas satu pertuduhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera
untuk ‘check in’.